top of page

Terma & Syarat Jemaah Umrah

Terma & Syarat Pakej Umrah – Next Umrah

Dokumen Perjalanan

  1. Pasport mestilah sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh berlepas.

  2. Pelanggan wajib menyerahkan semua dokumen lengkap

    (Pasport, sijil suntikan(*tidak wajib), gambar berukuran passport background putih) sebelum 60 hari dari tarikh penerbangan.

Visa

  1. Permohonan visa diuruskan oleh syarikat. Kelulusan tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

  2. Sekiranya visa ditolak, bayaran akan dipulangkan mengikut struktur pembatalan.

  3. Bagi peserta warga negara Malaysia yang ingin memohon Visa Umrah, tambahan sebanyak RM300 daripada harga pakej. Peserta perlu membuat Biometrik 

  4. Bagi peserta bukan warganegara Malaysia, termasuk mereka yang mempunyai visa kerja yang sah di Malaysia, permohonan Visa Umrah Muasasah adalah wajib bagi memasuk Arab Saudi, peserta kategori ini akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM500 daripada harga pakej asal, bagi menampung kos pemprosesan visa khas.


Bayaran & Pembayaran

  1. Semua pembayaran hendaklah dibuat hanya ke akaun rasmi syarikat:

    CIMB BANK

    8009581245

    Next Holiday Sdn. Bhd.

  2. Sebarang bayaran yang dibuat ke akaun individu, ejen persendirian atau pihak ketiga adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh pihak syarikat.

  3. Deposit adalah tidak dikembalikan penuh selepas 24 Jam dari tarikh pendaftaran.

  4. Bayaran penuh perlu dijelaskan mengikut tarikh jadual yang di tetapkan.

  5. Kegagalan membuat bayaran boleh menyebabkan pembatalan tanpa notis.

Fasa

Jumlah

Tempoh

Keterangan

Deposit

RM100

Sewaktu pendaftaran

Tanda setuju & pengesahan tempat

Bayaran Kedua

RM900

Dalam tempoh 14 hari selepas deposit

Komitment awal & permulaan process tempahan

Bayaran Ketiga

60% dari baki

Dalam tempoh 60 hari sebelum tarikh berlepas

Pembayaran utama selepas deposit awal

Bayaran Keempat

Baki penuh

Sebelum 45 hari dari tarikh berlepas

Perlunasan penuh pakej sebelum perjalanan bermula


Pembatalan & Bayaran Balik

  1. Untuk permintaan pembatalan, pelanggan wajib menghantar notis pembatalan melalui emel bertulis ke: 📧 nextholidayhq@gmail.com

  2. Semua refund tertakluk kepada baki selepas ditolak caj dan kos pengurusan.


    Caj pembatalan adalah seperti berikut:

    Tempoh PembatalanCaj Pembatalan


Tempoh Pembatalan

Caj Pembatalan

24 Jam

Deposit RM100 dilucutkan

22 - 60 Hari

Baki deposit RM900 dilucutkan

15 - 21 Hari

35 % daripada harga pakej

8 - 14 Hari

50 % daripada harga pakej

3 - 7 Hari

75 % daripada harga pakej

2 Hari Sebelum tarikh berlepas / tidak hadir

100% daripada harga pakej


Umrah Khas (DIY / FIT)

  1. Umrah khas atau Umrah DIY (FIT) adalah tertakluk kepada harga yang telah dipersetujui bersama antara pelanggan dan pihak syarikat.

  2. Pakej akan disesuaikan berdasarkan tarikh penerbangan, hotel, dan perkhidmatan lain yang tersedia.

  3. Pelanggan perlu meminta sebut harga (quotation) terlebih dahulu, dan hanya selepas bersetuju dengan harga, pembayaran deposit wajib dibuat sebagai tanda pengesahan tempahan.

Pakej Umrah secara berkumpulan ( Group )

  1. Harga pakej dikira berdasarkan kos kumpulan antara 25 hingga 30 orang (pax) bagi setiap perjalanan.

  2. Tiada bayaran tambahan di kenakan jika peserta di bawah 25 orang. 

  3. Semua harga dan diskaun tertakluk kepada promosi dan kempen jualan semasa yang ditetapkan oleh pihak syarikat, dan boleh berubah tanpa notis awal.

Kesihatan & Tanggungjawab

  1. Pelanggan digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas.

  2. Pelanggan wajib melaporkan jika terdapat sakit kritikal atau di bawah rawatan.

  3. Bagi jemaah Hemodialisis:


    - wajib serah laporan 3 bulan terkini

    - Maklumat rawatan perlu di beri sebulan awal

    - Jadual rawatan di Makkah & Madinah mesti dimaklumkan

    - Wajib memohon Visa Umrah ( Tambahan Charge )

    - Hospital Kerajaan : Percuma ( Tertakluk kekosongan Slot )

    - Hospital Swasta : SAR2000 - SAR2500 / Sesi

    - Rawatan Madinah 1 Kali, Makkah 2 Kali

    - Hari rawatan Isnin - Sabtu ( Jumaat & Ahad Tutup )

    - Kos pengangkutan & teksi di tanggung jemaah 


  4. Ibu mengangdung, perlu dapatkan surat kebenaran daripada doktor perubatan ( Dalam Bahasa English) yang menyatakan jemaah tersebut sesuai untuk melancong dan tunaikan umrah. Pastikan surat tersebut rasmi ada letterhead rasmi pusat perubatan. 

  5. Syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kehilangan barang, atau kecemasan kesihatan semasa perjalanan.

  6. Namun demikian, pihak syarikat akan mengurus dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kesihatan, termasuk:

    - Pengurusan kemasukan ke hospital

    - Rawatan kecemasan

    - Pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian

    * Segala urusan ini hanya akan dijalankan sepanjang pelanggan berada di bawah pengawasan rasmi Jemaah syarikat.

Akhlak & Disiplin

  1. Bagi melancarkan segala urusan, pelanggan wajib mematuhi arahan syarikat dan mutawwif sepanjang perjalanan.

  2. Syarikat berhak menolak peserta yang tidak berkelakuan baik atau boleh membahayakan keselamatan kumpulan.

  3. Sekiranya peserta disingkirkan atas sebab disiplin ketika dalam perjalanan, bayaran pakej akan dianggap hangus dan tiada bayaran balik akan diberikan.

Perubahan Tarikh Penerbangan

  1. Sebarang permintaan untuk menukar tarikh penerbangan mesti dilakukan lebih awal daripada 60 hari sebelum tarikh berlepas. 

  2. Sekiranya perubahan perlu di buat, pelanggan bersetuju untuk menanggung sebarang caj tambahan yang dikenakan oleh pihak syarikat penerbangan bagi penukaran tarikh atau maklumat penerbangan.

  3. Pihak syarikat akan sedaya upaya mengekalkan tarikh penerbangan seperti dijadualkan, namun jika ada sebarang perubahan (jika berlaku) akan dimaklumkan lebih awal kepada pelanggan secara notis email, sms atau pangilan telefon. 

 Tambahan/ Kurang Hari Ketika Perjalanan

  1. Sekiranya berlaku sebarang perubahan atau pengurangan tempoh perjalanan yang berpunca daripada operasi syarikat penerbangan, pembekal perkhidmatan, keadaan cuaca, arahan pihak berkuasa atau sebarang situasi di luar kawalan syarikat, pihak syarikat tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kewangan kepada jemaah.

  2. Sekiranya berlaku tambahan hari ketika perjalanan atas sebab operasi atau perubahan yang tidak dapat dielakkan, kos tambahan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

  3. Namun, jika tambahan hari tersebut berlaku atas permintaan khas daripada pelanggan sendiri (special request) dan melebihi jadual asal yang telah ditetapkan, maka pelanggan bersetuju untuk menanggung bayaran tambahan yang berkaitan. 

Hotel

  1. Syarikat akan memastikan hotel yang dipromosikan adalah tepat dan disediakan seperti dalam pakej.

  2. Jika berlaku perubahan yang tidak dapat dielakkan, hotel pengganti akan disediakan yang setaraf atau lebih baik dari segi jarak dan taraf bintang, tanpa caj tambahan kepada pelanggan.

  3. Penginapan disediakan berdasarkan pilihan pakej: 4 sebilik, 3 sebilik, 2 sebilik atau bilik individu. Harga pakej bergantung kepada jenis bilik. Taraf bintang dan jarak hotel adalah berdasarkan maklumat hotel dan mungkin berbeza mengikut negara.

  4. Polisi check-in/check-out tertakluk kepada polisi hotel.

  5. Syarikat berhak menukar hotel dengan notis sekurang-kurangnya 12 jam jika berlaku isu seperti tiada kekosongan atau kerosakan, dan tidak bertanggungjawab sekiranya taraf bintang hotel pengganti berbeza.

  6. Sekiranya berlaku pertukaran hotel dan hotel gantian adalah lebih rendah taraf daripada yang dijanjikan, pihak syarikat akan memberikan pampasan berdasarkan perbezaan kos sebenar hotel bagi tempoh penginapan terlibat sahaja.

    Kadar pampasan adalah tertakluk kepada penilaian pihak syarikat dan biasanya berada dalam lingkungan 20% hingga 50% daripada kos hotel, bergantung kepada perbezaan taraf.

    Sekiranya hotel gantian adalah setara atau lebih tinggi taraf, tiada pampasan akan diberikan.

Penerbangan

  1. Pihak syarikat akan memastikan penerbangan yang dipromosikan kepada pelanggan adalah seperti yang dijadualkan dan dijanjikan.

  2. Namun, sekiranya berlaku perubahan atas sebab teknikal, operasi syarikat penerbangan, atau faktor luar jangka, pihak syarikat akan menyediakan penerbangan pengganti yang setaraf atau lebih baik, tanpa sebarang caj tambahan kepada pelanggan.

  3. Pelanggan akan dimaklumkan secepat mungkin sekiranya berlaku sebarang perubahan.

  4. Sebarang pembatalan atau penukaran tiket penerbangan selepas tarikh pengesahan kepada pihak syarikat penerbangan adalah di bawah tanggungjawab penuh pelanggan.

  5. Pelanggan juga bersetuju untuk menanggung sebarang caj tambahan yang dikenakan oleh syarikat penerbangan sekiranya berlaku permintaan perubahan tarikh penerbangan atau pertukaran nama pada tiket yang telah ditempah.

Makan

  1. Bagi pakej yang hanya menyediakan hidangan Bed & Breakfast (sarapan pagi), pelanggan adalah sedia maklum bahawa makan penuh (Full Board) tidak termasuk dalam harga asas pakej.

  2. Sekiranya pelanggan ingin menambah hidangan Full Board, bayaran tambahan akan dikenakan mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh pihak syarikat.


Itinerari Perjalanan

  1. Maklumat itinerari adalah seperti yang dijanjikan dan akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

  2. Sebarang perubahan atau kesulitan luar jangka

    (seperti kelewatan, cuaca buruk, sekatan keselamatan, dsb.) adalah di luar kawalan syarikat dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pihak syarikat.

  3. Sekiranya terdapat permintaan aktiviti tambahan di luar itinerari asal, pelanggan bersetuju untuk menanggung sendiri segala kos tambahan yang berkaitan.

Musim & Caj Tambahan Pakej

Musim

CaJ Tamabahan Pakej

Low Season

Tiada caj tambahan dikenakan.

Mid Season

RM500 akan dikenakan dari harga semua pakej

High Season / Super Peak

Tambahan RM800 akan dikenakan dari harga semua pakej.

Kategori Musim:

  1. High Season / Super Peak: Awal November hingga awal Februari (Umrah hujung tahun)

  2. Mid Season: Bulan Ogos hingga awal November

  3. Cuti Sekolah Malaysia: Juga dikategorikan sebagai Mid Season kerana kenaikan kos tambang penerbangan

  4. Harga boleh berubah bergantung kepada turun naik mata wang, cukai, dan surcaj bahan api syarikat penerbangan.

  5. Harga yang dipaparkan di laman web rasmi syarikat adalah harga NETT (termasuk surcaj musim) dan telah dikira berdasarkan kategori Peak, High dan Mid Season yang berkenaan. ✅ Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan kepada jemaah bagi pakej yang ditempah melalui laman web rasmi syarikat.

  6. Sebarang caj tambahan musim hanya terpakai kepada pelanggan DIY / tempahan luar pakej sahaja.

Force Majeure (Keadaan Luar Kawalan)

  1. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kelewatan, perubahan jadual, atau pembatalan perjalanan yang disebabkan oleh faktor luar kawalan seperti:

    - Peperangan

    - Rusuhan atau ancaman keselamatan

    - Bencana alam

    - Wabak penyakit berjangkit (seperti COVID-19 atau seumpamanya

    - Sekatan kerajaan atau larangan perjalanan antarabangsa   


  2. Sekiranya perkara di atas berlaku, pihak syarikat akan:

    1. Memaklumkan pelanggan secepat mungkin

    2. Sebarang bayaran balik tertakluk kepada polisi syarikat dan perjanjian dengan pembekal pihak ketiga (seperti syarikat penerbangan dan hotel). 

    3.Menyediakan pilihan penjadualan semula atau kredit perjalanan bergantung kepada situasi semasa dan keputusan pihak berkuasa.

Bagasi

  1. Peruntukan berat bagasi adalah tertakluk kepada syarikat penerbangan masing-masing dan berbeza mengikut laluan serta peraturan lapangan terbang.

  2. Pelanggan bertanggungjawab membayar caj lebihan bagasi jika melebihi had yang ditetapkan.

  3. Syarikat tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan bagasi sepanjang perjalanan.

Merchandise

  1. Bagi pakej yang tidak termasuk merchandise seperti bagasi, beg kasut & sling bag, pelanggan adalah sedia maklum bahawa barangan tersebut tidak disediakan dalam pakej.

  2. Bagi pakej yang termasuk merchandise, barangan akan diserahkan kepada pelanggan 30 hari sebelum tarikh penerbangan.

  3. Kos penghantaran barangan seperti bagasi ke rumah pelanggan akan ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan. 

  4. Kos penghantaran barangan seperti bagasi, dll. ke pelanggan di Sabah & Sarawak akan di serah 60 hari dari tarikh berlepas. dan akan di tanggung oleh jemaah sebanyak RM30 per pcs.

  5. Pelanggan yang mengambil pakej tanpa merchandise tetapi ingin menambah barangan tersebut boleh berbuat demikian dengan bayaran tambahan sebanyak RM180 seorang.

  6. Pertukaran set bagasi merchandise (jika rosak) hanya dibenarkan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Tanggungjawab Syarikat

  1. Syarikat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan seperti dinyatakan dalam brosur (pengangkutan, penginapan, makanan, dsb.). jika syarikat gagal menyediakan segala yang telah di janjikan, pampasan yang munasabah akan diberikan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan (MOTAC) / Mahkamah Tribunal.

Notis Tuntutan

  1. Pelanggan bersetuju untuk tidak menuntut Syarikat atas sebarang kecuaian atau kegagalan oleh pihak ketiga seperti pengurusan hotel, syarikat penerbangan, dan pembekal luar negara (outbout supplier). Segala kerugian, tuntutan, atau kos akibat pihak ketiga bukan di bawah kawalan pengurusan Syarikat.

  2. Sebarang notis, kenyataan, tuntutan atau komunikasi rasmi di bawah Terma dan Syarat ini hendaklah dibuat secara bertulis dan disampaikan kepada pihak Syarikat melalui salah satu kaedah berikut:


    Serahan tangan ke alamat pejabat Syarikat

    Pos berdaftar ke alamat : 

    D2-05-13, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Selangor.

    Emel rasmi ke alamat syarikat nextholidayhq@gmail.com


  3. Segala komunikasi dianggap sah jika dihantar ke alamat atau emel yang dinyatakan oleh Syarikat. 

bottom of page